Saturday, October 24, 2015

HARI SUKAN NEGARA U OLLS :-D

                Bismillahirahmanirahim…. Assalamualaikum w.b.t hehe.. macam nak bentang Bajet 2016 plak. Untuk entri kali ni aku nak la tulis pasal sport event. Hehe. Baru entri yang pertama dah bajet macam dah banyak entri aku update sebelum ni. Baiklah, tak nak cerita panjang lagi, aku terus nak ceritakan tentang subjek SPORT EVENT MANAGEMENT. Pada 3 July 2015 yang lalu, sepatutnya pada tarikh tersebut merupakan perjumpaan kami yang pertama bersama pensyarah kami iaitu Sir Firdaus Ibrahim. Kebetulan pada tarikh tersebut jatuh pada bulan Ramadhan yang mulia, tambahan pula dengan perubahan waktu belajar, jadi kami terpaksa tangguhkan perjumpaan kami itu selepas raya puasa. Jadi ramai lah budak2 kelas aku yang balik pada hari jumaat tu sebab tak ada kelas. Memang heaven lah kata orang. Tunggu punya tunggu sampai lah masa utuk perjumpaan yang pertama kami pada 31 July 2015. Tapi kami pula diberitahu bahawa Sir Firdaus pula dimasukkan ke hospital disebabkan masalah kesihatan. Jadi budak2 kelas aku pon ape lagi, lagi la heaven dapt balik lagi. Aku jer yg jaoh ny x dapat balik. Jadi tunda lagi lah perjumpaan kami selama beberapa minggu.
             
   Pada 21 Ogos 2015, inilah perjumpaan kami yang pertama. Alhamdulillah la mmg betul2 terjadi perjumpaan kali ni. Pada jam 3.15 ptg hari jumaat, Sir Firdaus pon tiba di bilik kuliah LH1 yang merupakan tempat perjumpaan kami. Tengok di tangan sir mmg banyak lah kertas- kertas. Dalam hati bebisik, “mesti banyak gila lah assignment sir bg lepas ny”. Seterusnya sir pon terang lah apa itu SPORT EVENT MANAGEMENT, bagaimana pemarkahan diberi, apa yang patut kami buat utk dapatkan markah. Setelah selesai penerangan dr sir, sir pon tinggalkan kami dengan satu tugasan iaitu melantik AJK. Antaranya ialah, Pengarah projek, penolong pengarah projek, SU, Pen. SU, bendahari dan ajk- ajk yang lain. Dalam perlantikan tersebut, aku dilantik menjadi Pengarah projek. Masak lah aku lepas ni. Lepas saja habis perlantikan tu, kami pon bebincang tentang apa aktiviti yang kami nak lakukan. Sebelum terlupa, kelas kami ini disatukan drpd 3 section dan jumlah pelajar seramai 55 ora.ng. Jadi, mudah lah kerja kami sebab ramai orang. Berbalik kepada aktiviti yang igin kami laksanakan, dalam perbincanag pertama kami telah list kan beberapa aktiviti iaitu colour run dan explorace.
                Pada perjumpaan kedua, kami duberitahu oleh sir bahawa kami kena kendalikan HARI SUKAN NEGARA peringkat KPTM Kuantan pada 10 Oktober 2015 . Jadi aktiviti- aktiviti yang kami cadangkan sebelum  Oktober ini tak sesuai utuk hari sukan tersebut. Selepas bincang
punya bincang, satu kelas bersetuju untuk melaksanakan acara Sukan Tradisional pada hari tersebut. antara acara yang ditetapkan ialah galah panjang, bola beracun, takraw bulat, bowling kelapa, lompat getah, batu Seremban, ceper, Tarik tali, dan konda kondi. Pada perjumpaan seterusnya, yang dikendalikan sendiri oleh aku. Dalam perjumpaan ini, aku dengan budak2 kelas bebincanag bagaimana acara2 tersebut hendak dimainkan. Perbincangan ini merangkumi bagaimana nak tetukan pemenang, bagai mana nak kira markah, berapa orang nak bermain, tempat nak bermain dan sebagainya.
                Perjumpaan seterusnya dikendalikan sendiri oleh sir. Jadi Sir Firdaus nak tahu apa yang kami dah bincang dalam perjumpaan kami sebelum ini. Kami pon terang kepada Sir Firdaus satu persatu. Tempat lah yang paling penting sekali kerana kami perlu reservekan tempat2 tersebut walaupon tempat tersebut hanya dalam kolej. Hehe :-P  Sir pon x cakap banyak dan setuju saja tempat2 yang kami nk gunakan tersebut.
                Seminggu saja lagi akan tibanya tarikh 10 Oktober 2015 iaitu HARI SUKAN NEGARA. Kami punya program ini masih lagi tak masuk meeting. Borang- boring penyertaan dah dikeluarkan. Peserta- peserta melibatkan pelajar2 asrama KPTM Kuantan. Jadi 3 hari sebelum 10/10/2015, baru lah meeting bersama pengarah diadakan untuk meluluskan bajet dan Alhamdulillah diluluskan. Tetapi ade 1 perkara yang merunsingkan kami iaitu acara Tarik tali yang kami da bincangkan setelah sekian lama, ditolak oleh pihak pengurusan kolej. Dalam masa 2 hari lagi program ini akan berlangsung kami masih lagi tak dpt apa acara yang nak digantikan. Seterusnya lagi sehari sebelum tibanya 10/10/2015 baru lah kami dapat tentukan acara congkak lah yang paling sesuai untuk menggantikan acara Tarik tali.
                Pada malam 9/9/2015 satu perjumpaan diadakan adalah untuk perbincangan terakhir sebelum berlangsungnya HARI SUKAN NEGARA. Pada malam tersebut, kami diarahkan oleh Sir Firdaus untuk menerangkan kpdnya bagaimanakah setiap acara tersebut berlangsung. Setelah selesai pada jam lebih kurang 11.30 malam, aku dan bebrapa orang kwn bersengkang matu untuk siapkan panji- panji untuk menghias dan memeriahkan lagi kawasan- kawasan terlibat. Selesai semuanya lebih kurang jam 1.45 pagi.
                Pada jam 7.45 pagi 10 Oktober 2015, kami semua bergeraka ke vanue masing2. Aku pula pagi tu baru nk ke HEP untuk meminjam walkie talkie untuk memudahkan kami berhubung dengan urusetia. Setelah selesai senam robik oleh pelajar asrama dan staff, kami menentukan bahawa acara2 kami akan bermula pada jam 9.30 pagi. Jadi sempat lah pelajar2 berehat sebentar untuk menghilangkan keletihan setelah senam robik selama hampir 45 mnit.
                Mesti ramai yang tertanya- tanya kan, apa yang aku jaga pada hari sukan tersebut, pada mulanya aku kena jaga Tarik tali, jadi selepas acara Tarik tali di batalkan, kena lah terima hakikat yang aku ni kena jaga acara congkak. Haha :-D
                Acara congkak dilangsungkan dalam kelas LH5. Selepas saja jam 9.00 pagi, penyertaan untuk permainan congkak ini luar jangkaan kerana terlalu ramai penyertaan dikalangan pelajar mahupon staff. Bukan sahaj staff, anak2 mereka pon turut serta. Jadi alhamdulillah kami dapat tangani masalah ini denga bijak. Huhu … permainan congkak ini tamat pada jam 11.30 pagi. Program kami pula tamat pada jam 2.00 petang. Penyampaian hadiah dijalankan pada jam 4.00petang kerana menunggu permainan futsal dibawah seliaan MPP tamat. Untuk Sukan Tradisional ini, pemenang keseluruhan dimenangi oleh BLOK T, diikuti BLOK K dan ketiga BLOK S.

Sekian….